Search ialah sebuah
kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor
muzik rock dalam bidang muzik arus perdana
Malaysia semenjak dekad
1980-an.
Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih
20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut
hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis
tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik
Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di
Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka
sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
Biografi
1981-88: Permulaan
Ketika diasaskan di
Johor Bahru
pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai
penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain
gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat
mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan
kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama
RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya,
Suhaimi Abdul Rahman,
atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum
kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama
Polygram Records di
Singapura
pada pertengahan 1980-an.Sebelum mereka merakamkan album , Search
pernah bermain di kelab- kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red
Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search &
M .Nasir .Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penebit Search.Bermula lah
satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang
bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air
seperti Alleycats, Search, Wings,dan lain lain.
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu
Cinta Buatan Malaysia (1985)
[1],
Langit dan Bumi (1986)
[2], dan
Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan
M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album
Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh
Yan dan
Man Kidal dari kugiran
Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album
Langit dan Bumi dan
Mentari Merah saat bersama Polygram.
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah
sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara,
Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama
mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala
Lumpur pada tahun yang sama.
[4]
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari
Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.
[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di
Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian
pada tahun 1987,Sehinggalah gelaran tersebut dirampas oleh Kumpulan
IKLIM pada tahun 1990 dek kejayaan menerusi lagu Suci Dalam Debu.
Album
Cinta Buatan Malaysia,
Langit dan Bumi, dan
Mentari Merah di Ufuk Timur,
masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan
syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album
pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau
bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah
tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada
tahun 1987.
[4]
Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat
menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan
nama Search, iaitu
Di Pintu Sepi dan
Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album
Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu
Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan
Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober;
Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)
[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran
Thailand di
Bangkok, di ambang tahun baru 1989.
[4]
1989–1997: "Fenomena" Search
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi
BMG Pacific)
sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu
Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang
1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu,
Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk
cakera padat yang keluar setahun selepas versi
kasetnya.
[7]
Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di
tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan
tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar
utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik
kepada Nordin Md Taib (gitar) .
[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "
Isabella". Apapun, album
Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.
[8]
Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan
live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu,
Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian
dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.
[4]
Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album
Karisma.
[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.
[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal
Fenomena dan drama cinta
Isabella,
[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".
[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.
[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama
Ella dan
Wings
mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping
menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang
disebut tadi.
[4] Tidak lama setelah album
Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.
[9]
Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan
Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.
[12]
Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap
populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights
di Cat Club,
Bandaraya New York,
Amerika Syarikat, pada bulan Julai
[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.
[4]
Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan
M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album
Rampage[14],
yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong,
Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka
berkolaborasi dengan kumpulan
Wings untuk menghasilkan album
Double Trouble.
Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka
menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara
RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama
Awie dari kumpulan
Wings menerima potongan rambut dari
Menteri Penerangan ketika itu,
Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV
penyiar awam itu.
[15]
Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga
menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun
berikutnya.
[16]
Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik
BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang
wartawan berbangsa
Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Saleem ( Iklim )& Amy
[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "
Fantasia Bulan Madu"
& Aduhai! Seribu Kali Sayang yang masing masing dirakam dalam
bahasa Inggeris dengan tajuk yang sama iaitu "Feel the Pain".
[18]
Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah
"Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan
meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran
tersebut.
[17]
Apatah lagi dengan kemunculan penyanyi penyanyi baru yang memberi
saingan yang sengit ketika itu antara yang menjadi siulan &
diperkatakan ketika itu ialah Saleem ( Iklim ) yang muncul dengan lagu -
lagu popular ketika itu antaranya Aduhai! Seribu Kali Sayang, Bukan Aku
Tak Cinta & Sheilla, yang mana kesemuanya dikeluarkan pada tahun
yang sama iaitu tahun 1993 menerusi label SCS.
Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul
Magic[19],
sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di
Shah Alam, itu pun selepas selesainya Konsert Kumpulan Rock yang popular
menerusi lagu Suci Dalam Debu iaitu kumpulan IKLIM di Tapak Ekspo
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor malaysia pada 19 Jun 1994
EP remix satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu
Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album
Gema di Timur Jauh[20]
dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun)
dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album
live berjudul
Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album
Gema asal). Album
unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.
[8]
Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu
Rock 'N' Roll Pie
sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya
penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari
kumpulan
Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama
Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.
[21]
Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie
di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan
keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya,
Camouflage.
1998–2001: Perpecahan
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang
menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua,
Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang
ketika ini diterajui oleh
Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album
Double Trouble 2
untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah
kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan
kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi
tumpuan kepada kerjaya solonya,
[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label
Sony Music.
[23]
Sebagai pelengkap album yang berjudul
Bikin Wilayah,
mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya
di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan
Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi
meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya
anggota asal Search yang tinggal.
[24]
Pada tahun 1999, Akhirnya selepas berpeluh sebaldi, Yazit berjaya
membariskan line up baru dlm SEARCH iaitu Moq(vokaliz), Shah(gitaris),
Zam(bassis), dan Yazit(Drummer).
Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan.
Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search
[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan
Rockestra dikeluarkan.
[26]
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak
kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi
lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula
album
Fenomena dan
Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha
baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan
mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage,
sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga
album di bawah label Sony (kemudian menjadi
Sony BMG):
Aku,
Suatu Masa dan
IKON: A Rockstar Chronicle.
Pembubaran SEARCH satu Sejarah Sedih.Search ialah sebuah nama yang
besar dlm sejarah muzik tanahair...siapa sangka kumpulan yang begitu
gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik
malaysia.Akhirnya, Search tertewas setelah bertahun-tahun berjuang dan
telah di bubarkan pada tahun 2001.dibubarkan secara rasmi pada 16
Januari 2001 .
2003–kini: Bersatu semula
SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya
mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi
aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama
Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy
(penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir
Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah
konsert
reunion yang diadakan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.
[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album
live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert
Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran
Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari
Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.
[28].Dan
tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan
Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.
Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka
ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama
kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem
bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus
bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael
bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.
Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar
utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari
Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian
lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah
pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun
1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search
dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat
masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan
bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama
untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak
sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web
tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.
[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi,
Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP
Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.
[8] Serentak dengan
Empire Garden, mereka mengusahakan album
Gothik Malam Edan
yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya
diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran
Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.
Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration
sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan
Slank
dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di
Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada
saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada
mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan
sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran
Spider dan
Wings.
Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi
hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya
berasal dari Indonesia.
[30].Setelah
Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun
mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di
johor,selepas banjir besar menlanda Kota Tinggi, Johor .
Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan
meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio
Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.
[31]
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan
Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara,
termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru
Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru
Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu
Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali
nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert
Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya
Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei
[33]
hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di
Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd
Taib (gitar utama)pada Search .Konsert istimewa itu menyaksikan 3
gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib
(gitar),dan Hillary Ang (gitar utama).konsert terakhir bagi Hillary Ang
(gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali
lagi.Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah
Mohd Taib (gitar utama).Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang
Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas
hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000
[34] hingga 25,000
[35] peminat.
Perkembangan semasa
Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli
kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar
utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di
Ireland dan
United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan
Hujan untuk persembahan pembukaan.
[36] Mereka beraksi di Button Factory,
Dublin, pada 16 Februari; Scala London,
King's Cross,
London (18 Februari); dan Cavern Club,
Liverpool (21 Februari).
[37]
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal
Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.
[38]
Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45
minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik
Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.
[39]
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings
untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda
mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert
kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan
dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.
[40] Ini disusuli pula dengan konsert di
Stadium Larkin,
Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.
[41]
Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena
persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di
Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.
[42]
Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun
bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30
Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember
2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di
Pulau Pinang pada 19 November 2011 di laporkan 7,000 orang
[perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10,000 orang
[perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15,000 rocker yang datang.
[perlu rujukan]
Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak,
Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke
Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke
dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000
ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada
31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011 dengan hadiri
15,000 peminat.
Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. Pada tarikh 28 Januari
2012, D’Touchz International membawa SEARCH & XPDC "LIVE" IN
SINGAPORE 2012, di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah
berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti
Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai
konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC
bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai
sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan
turut pernah menyertai Search serta XPDC yang membariskan kedua
vokalisnya iaitu Mael & Ali dan dua pemain bess Yan & Zuar serta
2 pemain drum Amy & Lola.Gitaris Izo pula dibantu oleh anak lelaki
Izo sendiri...
Diskografi
*Album: Cinta Buatan Malaysia (1985)
*Album: Langit Dan Bumi (1986)
*Album: Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
*Album: Di Pintu Sepi (1988)
*Album: Berpaling (1988)
*Album: Fenomena (1989)
*Album: Search Live (1989)
*Album: Karisma (1990)
*Album: Search Sepuluh Tahun (1991)
*Album: Rampage (1992)
*Album: Double Trouble (1992)
*Album: Search Terbaik (1994)
*EP: Search Remix (1994)
*Album: Gema di Timur Jauh (1995)
*Album: Gema di Timur Jauh Unplugged (1995)
*Album: Rock N Roll Pie (1996)
*Album: Search Rock N Roll Pie, Live N Loud (1997)
*Album: Double Trouble 2 (1998)
*Album: Bikin Wilayah (1999)
*Album: Selepas Banjir (2000)
*EP: Empire Garden (Tidak Diterbitkan)(2003)
*Album: Konsert Evolusi Rock 2004 SEARCH (2004)
*Album: Gothik Malam Edan (2006)
*Album: Awan Biru Live In Concert- JB ' Rock n Roll City (2009)
*Album: Konsert Double Trouble SEARCH & WINGS rock n roll JB rock (2010)
*Album: Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH (2011)
Tracklist
*Cinta Buatan Malaysia (1985)
~Tracklist~
- Isi Atau Kulit
- Cinta Buatan Malaysia
- Cinta Sepi
- Cinta Pertama
- Sirih Gambir
- Balada Pemuzik Jalanan
- Kejora
- Nombor
- Jiwa-Jiwa Luka
- Musafir
*Langit Dan Bumi (1986)
~Tracklist~
- Musnah
- Meniti Titian Usang
- Langit Dan Bumi
- Rozana
- Tumbuk Rusuk
- Pasti
- Bisa
- Mencari Sebuah Nama
- Pada Satu Kedudukan
- Kau Pergi
*Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
~Tracklist~
- Pelesit Kota
- Fantasia Bulan Madu
- Gelora Cintaku
- Gadisku
- Bunga Pesona
- Pembakar Perasaan
- Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
- Serigala Segalanya
- Mat Rock
- Mentari Merah Di Ufuk Timur
*Di Pintu Sepi (1988)
~Tracklist~
- Di Pintu Sepi
- Setelah Hujan
- Rozana
- Meniti Titian Usang
- Musafir
- Kepala Angin
- Cinta Sepi
- Kejora
- Kau Pergi
- Gadis Ayu
*Berpaling (1988)
~Tracklist~
- Berpaling
- Mungkinkah Tertawa
- Fantasia Bulan Madu
- Bisa
- Gadisku
- Kau Akan Tahu
- Mentari Merah Di Ufuk Timur
- Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
- Balada Pemuzik Jalanan
- Musnah
* Fenomena (1989)
~Tracklist~
- Fenomena
- Purnama
- Isabella
- Derap Komando
- Ku Taklukkan Dunia
- Menara Kesesatan
- Bencana
- Pawana
- Songsang
- Gadis Misteri
*Search Live (1989)
~Tracklist~
- Bencana
- Isabella
- Songsang (Temuramah)
- Derap Komando
- Fenomena
- Pawana
- Mencari (Instrumental)
- Malam
- Drum Solo (Instrumental)
- Menara Kesesatan
- Purnama (Temuramah)
- Gitar Solo (Instrumental)
- Gadis Misteri (Temuramah)
*Karisma (1990)
~Tracklist~
- Melastik Ke Bintang
- Melayar Bahtera
- Orang Timur
- Dunia Milik Kita
- Emanuelle
- Memandu Nafsu
- Teguh
- Manusia Reptilia
- Paranoid
- Orait Mama
- Sutera Atau Rayon
*Search Sepuluh Tahun (1991)
~Tracklist~
- Cinta Kita (Duet Amy & Inka)
- Manusia Oh Manusia
- Mencari (Instrumental)
- Malam
- Ku Taklukkan Dunia
- Emanuelle
- Teguh
- Gadis Misteri
- Derap Komando
- Fenomena
- Melastik Ke Bintang
- Isabella
*Rampage (1992)
~Tracklist~
- Neo Romantik
- Asli Dan Tulus
- Berbagai Wajah
- Metropolitan
- Analogi 0.1
- Feel The Pain
- Nigina
- Sederhana
- Bertopeng Cinta
- Nirmala
*Double Trouble (1992)
~Tracklist~
- Intro (Track 1)
- Gemuruh (Track 2)
- Akhirnya (Track 4)
- Nazar (Track 6)
- Cakap Memang Murah (Track 7)
- Seribu Satu Natijah (Kerana Dia) (Track 9)
- Ikutkan Saja (Track 11)
*Search Terbaik (1994)
~Tracklist~
- Setelah Hujan
- Fantasia Bulan Madu
- Isabella
- Nigina
- Seribu Satu Natijah
- Teguh
- Melayar Bahtera
- Bisa
- Malam
- Asli Dan Tulus
- Kau Pergi
- Mentari Merah Di Ufuk Timur
- Meniti Titian Usang
- Kau Akan Tahu
*Search Remix (1994)
~Tracklist~
- Fantasia Bulan Madu
- Pelesit Kota
- Mentari Merah Di Ufuk Timur
- Rozana
- Langit Dan Bumi
*Gema di Timur Jauh (1995)
~Tracklist~
- Laila Namamu Teratas
- Cintaku Hilang Bisanya
- Menuju Puncak
- Hello Kawan!
- Pinball Superhero
- Honky Tong Kosong
- Jeritan Rindu
- Roket
- Bersalah Atau Tidak
- No Way!!!
- Andai Ku Miliki Semalam
Anugerah dan penghargaan
Bersama pemenang di Anugerah Bintang Popular 1989
Rujukan
- Jump up ↑ Cinta Buatan Malaysia, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- Jump up ↑ Langit Dan Bumi, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- Jump up ↑ Mentari Merah di Ufuk Timur, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- ↑ Jump up to: 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Search, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- Jump up ↑ Kembara... Seniman Jalanan, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- Jump up ↑ R.S. Murthi. "Night of sheer beastly noise", Times Two (New Straits Times), 8 Disember 1988, p. 19. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- ↑ Jump up to: 7.0 7.1 Fenomena, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- ↑ Jump up to: 8.0 8.1 8.2 8.3 Budiey Isma. "Gambar Search di Sidang Media Tour Konsert Search Di Awan Biru", Sensasi Selebriti, 15 April 2009. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- ↑ Jump up to: 9.0 9.1 Karisma, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
- Jump up ↑ Saleha Ali. "Having fun 'canning' Isabella", New Straits Times (Times Two), 23 Mei 1990, p. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Lim, Elaine. "Pulling 'em in with Search and hype", New Straits Times (Times Two), 27 Ogos 1990, p. 25. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Sepuluh Tahun, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Tiong, John. "Search looks for New York break", New Straits Times, 8 Julai 1991, p. 27. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Rampage (1992), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Haircuts end rock group ban", The Times, Associated Press, 2 November 1992, p. 13A. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Protes ke RTM", Tempo, 30 Oktober 1993. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- ↑ Jump up to: 17.0 17.1 "Rock group Search & Saleem (( Iklim ))a hit in Holland", New Straits Times (City News), 6 Ogos 1993, p. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Bissme S.. "Search still on", The Sun, 13 April 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- Jump up ↑ Magic (1994), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Gema Di Timur Jauh, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Malaysian artistes at song fest", New Straits Times, 4 Ocotber 1996, p. 19. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- Jump up ↑ Zainal Alam Kadir. "Search is still on", New Straits Times (Weekend Life & Times), 21 Mac 1998, p. 4. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Zainal Alam Kadir. "In music, it's all in the stars", New Straits Times (Life & Times), 30 Disember 1998, p. 3. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Bikin Wilayah, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- Jump up ↑ Selepas Banjir, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- Jump up ↑ Rockestra, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- Jump up ↑ Sharifah Arfah. "Search still rockin' good", New Straits Times, 13 Februari 2004.
- Jump up ↑ Pauline Jasudason. "Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions", Associated Press, 8 September 2004.
- Jump up ↑ N. Rama Lohan. "Search ready to rock again", The Star Online, 28 April 2006. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Wahida Asrani. "Konsert S2 Celebration hilang bisa kerana Search?", mStar Online, 7 Januari 2007. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ Ary Hermawan dan Desy Nurhayati. "Malaysia, Indonesia quarrel turns to music", The Jakarta Post, 5 September 2008. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Celcom Taja Konsert Kumpulan Rock Tempatan", Bernama, 7 April 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Jelajah Awan Biru Search: Sepintas Lalu", gua.com.my, 1 Jun 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- Jump up ↑ "Search: Belum Masa Untuk Bersara", gua.com.my, 5 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- Jump up ↑ Abd Aziz Itar. "Sayang sistem bunyi 'hancur'", Utusan Online, 4 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- Jump up ↑ Siti Azira Abd Aziz. "Search Jelajah Eropah Februari Ini", mStar Online, 14 Januari 2010.
- Jump up ↑ Esme Johari Wahab. "Search Di Ufuk Barat", Harian Metro, 13 Feb 2010. Dicapai pada 7 Mac 2010.
- Jump up ↑ Rizal Johan. "Amy Search turns to musical", The Star Online, 20 Januari 2010.
- Jump up ↑ Nur Aqidah Azizi. "Search no further for Amy", Malay Mail, 5 April 2010. Dicapai pada 5 April 2010.
- Jump up ↑ Search, Wings rock the city, New Straits Times, 2 Mei 2010.
- Jump up ↑ Search, Wings gegar JB, Harian Metro, 7 Jun 2010.
- Jump up ↑ "Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010", Mangga Online, 23 Disember 2010. Dicapai pada 26 Disember 2010.