Sabtu, 22 Februari 2014

Biografi Kumpulan New Boyz

Kumpulan New Boyz merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 sehingga kini. Mereka pernah dua kali dicalonkan untuk kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

New Boyz BINTANG
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1999 - kini
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.newboyz.highforum.net
Ahli
(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.
(Afiez) Hafeez As'ad Azam.
(Ristoe) Wan Muzaffar.
Bekas ahli
(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi.
(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh.
(Lan) Mazlan bin Ismail.
(Along) Mat Shah bin Mat Salleh.
(Rizz) Ridza Faitullah.


Ahli-ahli

Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-
  1. (Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
  2. (Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
  3. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  4. (Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
  5. (Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Syuk keluar daripada Kumpulan New Boyz, dia telah digantikan dengan Zack.
  1. (Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
  2. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  3. (Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
  4. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  5. (Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
  6. (Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Jay, Lan dan Along mengundurkan diri daripada Kumpulan New Boyz pada tahun 2004, mereka telah digantikan dengan Rizz dan Ristoe.
  1. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  2. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  3. (Rizz) Ridza Faitullah. Pemain gitar utama.
  4. (Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Pada tahun 2007 sekali lagi New Boyz bertukar anggota di mana kali ini pemain gitar Rizz digantikan oleh Afiez. Afiez mempunyai pengalaman dalam bidang muzik sebelum ini pernah menjadi pemuzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sentuhan gitar Afiez disumbang dalam album ke-6 New Boyz kali ini iaitu Semula Padaku.
  1. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  2. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  3. (Afiez) Hafeez As'ad Azam. Pemain gitar utama.
  4. (Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.

Diskografi

Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dengan identiti awal remaja.

Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis,Syuk sebagai pemain bass, Jay sebagai pemain gitar utama, Lan sebagai pemain gitar kedua dan Along bertindak sebagai pemain drum.Begitulah berikutnya dengan album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen sendiri. Tempat Syuk digantikan oleh Zack yang kekal sehingga kini.

Kumpulan ini bukan sahaja mencetuskan fenomena dikalangan remaja Malaysia, yang juga turut berjaya menembusi pasaran di Singapura,Indonesia dan Brunei. Ini sekaligus menjadikan New Boyz antara kumpulan remaja paling popular ketika itu. Malah, penjualan album New Boyz juga sangat memberangsangkan sehingga membolehkan mereka mendapat anugerah platinum bagi album pertama yang berjudul New Boyzyang mana album tersebut telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit. Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.Selain ABPBH,New Boyz turut pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik dalam tempoh tersebut.

Penghasilan album kelima (Bermulanya Satu Evolusi) pada 2004 New Boyz telah memperkenalkan dua ahli mereka yang baru iaitu Rizz selaku gitar utama dan juga Ristoe selaku pemukul brum mereka bagi menggantikan tempat Jay, Lan dan Along.
Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik.Selain mengeluarkan album , New Boyz turut berlakon dalam beberapa buah telemovie terbitan SRC iaitu PULAU INSPIRASI dan MERAUNG .

Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam, kali ini hampir keseluruhan lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Dengan genre muzik pop rock New Boyz lebih matang dari segi pemilihan lagu dan corak persembahan mereka.

Pada tahun 2007 New Boyz kembali dengan 1 lagi pembaharuan di mana Afiez sebagai gitaris baru telah menggantikan Rizz. Maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..

Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap diputarkan di corong-corong radio tempatan.

Setelah penghasilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dengan dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga proses penghasilan keseluruhan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri pada tahun 2008. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Pada tahun 2010,lagu Terima Kasih HERO telah menjadi salah satu lagu soundtrack bagi filem KAPOWW!! - Atoi The Kultur Boy yang mana judulnya telah ditukar menjadi Roket Ke Langit,malah terdapat sedikit perubahan lirik dalam lagu tersebut.
Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program realiti itu telah menjadi isu dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menafikan dakwaan itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatakan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.

Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dalam pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.
Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.
Antara album yang telah dihasilkan:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku

Album

Antara album yang telah dihasilkan:-
  • New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) - 1999
   * 01. Sejarah Mungkin Berulang
   * 02. Cuba-Cuba
   * 03. Hiasan Dilamun Rindu
   * 04. Habis Manis Sepah Dibuang
   * 05. Khilaf
   * 06. Andainya Kau Terima
   * 07. Istana Harapan
   * 08. Masih Ada Cinta
   * 09. Demi Kecintaan
   * 10. Ku Miliki Jua
  • Akur - 2000
   * 01. Hanya Tinggal Sejarah
   * 02. akulah Bakawali
   * 03. Kau Abadi Selamanya
   * 04. Mana Juara Kita
   * 05. Qiam
   * 06. Lerai Genggamanku
   * 07. Berilah Jawaban
   * 08. Rajuk Dihati
   * 09. Jangan Kau Ganggu
   * 10. Meraung
  • Wirama - 2001
   * 01. Lukamu Lukaku Jua
   * 02. Ye Iye Iye Iyo
   * 03. Kejora
   * 04. Apa Kau Mahu
   * 05. Bukakan Hati Lembutkan Jiwa
   * 06. Kepuncak Impian
   * 07. Sarena Cintaku
   * 08. Sahabatku
   * 09. Kerinduan
   * 10. Sekupang Dua
  • Inspirasi - 2003
   * 01. Cermin
   * 02. Cinta Ciptaan Kita
   * 03. Dia
   * 04. Dunia
   * 05. Lolita
   * 06. Marah Bukan Sifatku
   * 07. Norkia
   * 08. S.M.S
   * 09. Sejarah Cinta Kita
  • The Best Of New Boyz - 2004
   * 01. Berbicara Tentang Setia
   * 02. Hadir Disisi
   * 03. Senang-Senang
  • Bermula Satu Evolusi - 2005
   * 01. Sekolah Cinta
   * 02. Kesiangan
   * 03. Persis Kejora
   * 04. Nur Mafisa
   * 05. Tahu Sama Tahu
   * 06. Kasihku
   * 07. Malena
   * 08. Gadis Ayu
   * 09. Dahaga
   * 10. Cinta Dan Dicintai
  • Semula Padaku - 2007
   * 01. Putus
   * 02. Andai Mungkin
   * 03. Semula Padaku
   * 04. Kau Bernama Cinta
   * 05. Kamu Bilang
   * 06. Malam Yang Bosan
   * 07. Satu Hari
   * 08. lara Ini
   * 09. Kenangan Kita Berdua
   * 10 Cerita Tentang Kita
   * 11. Seindah Dulu
   * 12. Sejarah Mungkin Berulang
  • Single - 2008
   * 01. Kau Pergi
   * 02. Terima Kasih Hero
  • Tomok Olam3 - 2009 s/d 2011
   * 01. Berlari
   * 02. Bagai Bidadari
   * 03. Kisah Kita
   * 04. Merantas Masa
   * 05. Hujan Pagi
   * 06. Semarak
   * 07. Arjuna
   * 08. Hati Hanyalah Cawan
   * 09. Pukau
   * 10. Cintaku Di Indonesia
   * 11. Demi Kamu
   * 12. Rinduku Terhenti

Lagu-lagu

  • Akulah Bakawali
  • Andainya Kau Terima
  • Apa Kau Mahu
  • Berilah Jawapan
  • Bukakan Hati Lembutkan Jiwa
  • Cermin
  • Cinta Ciptaan Kita
  • Cuba Cuba
  • Dari Jauh Kupohon Maaf
  • Demi Kecintaan
  • Dia
  • Di Hari Raya
  • Dunia
  • Habis Manis Sepah Dibuang
  • Hadir Di Sisi
  • Hanya Tinggal Sejarah
  • Hiasan Di Laman Rindu
  • Istana Harapan
  • Jangan Kau Ganggu
  • Kau Abadi Selamanya
  • Kejora
  • Ke Puncak Impian
  • Kerinduan
  • Khilaf
  • Ku Miliki Jua
  • Lerai Genggamanku
  • Lolita
  • Lukamu Lukaku Jua
  • Mana Juara Kita
  • Maah Bukan Sifatku
  • Masih Ada Cinta
  • Meraung
  • Norkia
  • Qyiam
  • Rajuk Di Hati
  • Sahabatku
  • Sarena Cintaku
  • Sejarah Cinta Kita
  • Sejarah Mungkin Berulang
  • Sekupang Dua
  • S.M.S
  • Ye Iye Iye Iyo
  • Bicara Tentang Setia
  • Senang-Senang
  • Di Hari Raya
  • Selamat Hari Raya
  • Sekolah Cinta
  • Kesiangan
  • Persis Kejora
  • Nur...Mafisa
  • Tahu Sama Tahu
  • Kasihku
  • Malena
  • Si Gadis Ayu
  • Dahaga
  • Cinta Dan Dicintai
  • Putus
  • Andai Mungkin
  • Semula Padaku
  • Kamu Bilang
  • Kau Bernama Cinta
  • Cerita Tentang Kita
  • Satu Hari
  • Lara Ini
  • Malam Yang Bosan
  • Kenangan Kita Berdua
  • Seindah Dulu
  • Kau Pergi
  • Terima Kasih HERO
Read more »

Biografi Kumpulan EYE

Kumpulan EYE merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan EYE merupakan kumpulan penyanyi kedua yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City atau ringkasnya "FMC", iaitu selepas, Kumpulan Rio.


EYE

Album kumpulan Eye.
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Label Fantasia Music City
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/EYE.html


Ahli-ahli

Kumpulan Eye mempunyai seramai 5 orang ahli yang kesemuanya adalah lelaki.( lupa saya nama mereka ) pelit kali ya wkwkwkw

Diskografi

Penyanyi utama bernama Izham. Kini aktif berniaga dan tidak lagi menyanyi.

Album

  • E.Y.E - Mekar '94 - (1994) 
  • Album E.Y.E - Satu Nukilan Abadi '95
  • Semakin Menjadi-Menjadi '96
  • Lebih Hebat Lagi '97
  • E.Y.E - Mahkota Impian '98
  • EYE - Suatu Abadi (2004)
  • EYE - Kenangan Lalu (2007)

Lagu-lagu

Album E.Y.E - Mekar '94

  • Nafas cinta Terakhir
  • Suzikiu
  • Bimbang
  • Kenangan Di Warung Bunger
  • Mekar
  • Kertas Warna
  • Luka Bersalut Rindu
  • fantasi Volcano
  • Nyanyian Malam Pesta
  • Merisik Janji

Album E.Y.E - Satu Nukilan Abadi '95 - (1995)

  • Namamu Kini Jadi sebutan
  • Perkenankan Impian Ku
  • Dewiku
  • Mungkir
  • Harapan Sakti
  • Permata
  • Hadir
  • Nafsu Nafsi
  • Syahdu
  • Cinta Sehala

Album Semakin Menjadi-Menjadi (1996)

  • Setelah Dirimu Kukenali
  • Izinkan Selamanya Namamu Dihati
  • Kerana Rindu Aku Jatuh Cinta
  • Hingga Tiba Saat Ini
  • Untukmu Sayang
  • Untuk Siapakah Cintamu
  • Dalam Sutra Putih Cintamu
  • Bukan Benci Tapi Sanggup
  • Serasi

Album Lebih Hebat Lagi (1997)

  • Satu Nama Tetap Dihati
  • Kerana Keangkuhan
  • Hanya Engkau Yang Satu
  • Jejak Kasih
  • Tak Sampai Kemana
  • Mutiara Kasih
  • Misteri Cinta
  • Tertumpah Kasihku Padamu
  • Setitis Racun Dalam Madu
  • Selagi Kau Persia Takkan Ku Persia

Album Mahkota Impian (1998)

  • Terserlah Kasih Abdi
  • Bimbang serumpun Kasih terbuang
  • Satu Anugerah
  • Sesayup Mata memandang
  • Sebelum Terlewat
  • Terlerai Sebuah Impian
  • Ponteng sekolah
  • Setiamu Gugur Di Mata
  • Sewangi Kasih
  • Sedalam Manakah Setiamu
  • Hatiku Bukan Milikmu
Read more »

Biografi Kumpulan Kristal


Kumpulan Kristal merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu pop rock. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki. Mereka mula dikenali dengan lagu "Seragam Hitam" yang dimuatkan di dalam album debut mereka Semut dan Lebah.



Album Rockafella oleh kumpulan Kristal.
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 2000-an
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Kristal.html
Ahli
Razlan-Vokal
Rody-Gitar utama
Gg-Gitar kedua
Kechiq-Bes
Acap-Dram
Bekas ahli
Ainul (dram)
Bob (gitar kedua)
Joe (dram)
Izal(bes)
Amai(bes)
 

Sejarah

Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .
Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.
'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.
Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.
Pada tahun 2006 Kristal Menghasilkan album "Rock Yeh Yeh" berkonsepkan Rock+pop yeh yeh..Lagu irama Pop yeh yeh terdahulu di Perbaharui dengan Muzik yang lebih bertenaga dengan konsep rock atau di kenali dengan konsep Lagu Saduran...Keaslian melody tetap di kekal kan..
Pada tahun 2007 Kristal mengeluarkan 2 Album "KEUNGGULAN "(Koleksi terbaik 1999-2006) iaitu Himpunan lagu lagu terbaik mereka dan Album "ROCKAFELLA"Memuatkan 10 buah lagu.....Lagu Hitz "Memburu impian,SMS"
Setelah sembilan tahun KRISTAL Bertapak di dalam Industri Hiburan, akhirnya album ke-8 mereka berjudul BONGKAR semakin jelas nampak ada kematangan..11 lagu di muatkan dalam album ini...Satu lagu Bonus duet bersama Saleem dengan lagu "Harum Kasih Bersemi"
Album ke-9 "BOLLYROCK....Memuatkan 14 lagu Bollywood Klasik popular di beri nafas baru dari segi susunan muziknya menjadi lebih rancak....
Lahirnya Album ke 10 KRISTAL pada tahun 2010..."Luahan Hati"...Lagu Hitz.."Luahan Hati" yang pernah di popularkan oleh sebuah band berasal dari singapura...Merasakan lagu itu boleh Hitz..Pihak Syarikat rakaman menjadikan Lagu tersebut sebagai Tajuk album ke 10 kristal dan menjadikan lagu tu sebagai lagu hitz kristal yang di ubah mengikut genre muzik rock kristal
Tahun 2012 Kristal mengeluarkan Album "JOM AGO GO"!!!Merupakan album ke 11 KRISTAL...memuatkan 24 lagu lama dan baru..
Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Maka tempat Joe digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).pada 2009 tempat izal(bass) di ganti oleh amai disebabkan izal juga ada komitmen yang lain. Manakala pada pertengahan tahun 2013, Kechiq mengantikan amai....

Ahli Kumpulan

Ahli sekarang

  1. Razlan (penyanyi)
  2. Rodi (gitar utama)
  3. Gg (gitar kedua)
  4. Kechiq (gitar bass)
  5. Acap (dram)

Bekas ahli

  • Ainol (dram)
  • Bob (gitar kedua)
  • Joe (dram)
  • Ejan (Dram)
  • Izal (Bass)

Diskografi

Album studio

  • Semut & Lebah (1999) Hits: "Seragam Hitam", "Ku Membisu".
  1. "Intan"
  2. "Funky Bukan Ahwee (Aku Bukan Pendekar)"
  3. "Seragam Hitam" (M. Nasir / Loloq)
  4. "Ku Membisu" (Hanafi, Joez, Tam Spider / Loloq)
  5. "Macam Kentang"
  6. "Cinta Zarina" (M. Nasir / Loloq)
  7. "Bersalin Kulit"
  8. "Merdeka Di Minda Sfera"
  9. "Siapa Semut Siapa Lebah"
  10. "Tak Naik Tocang"

  • Pak Belalang (2002) Hits: "Delaila", "Layar Dan Sambar".
  1. "Resam Pak Belalang" (Nafie / Mael)
  2. "Delaila" (Merah / Keon)
  3. "Anjakan Paradigma" (Tam Spider)
  4. "Sandiwara Terkini" (Rody Kristal, Nafie / S. Amin Sahab)
  5. "Layar Dan Sambar" (Tam Spider / Loloq)
  6. "Deja Vu"
  7. "Ingat-Ingat"
  8. "Nirwana (Lihat Lisa)"
  9. "Kesal"
  10. "Lat Ta Li Lat" (Usop Kopratasa / Mael)

  • N.T Virus (2004) Hits: "Kasut Terbang", "Suatu Kenangan", "Keindahan Pantai".
  1. "Saat Itu" (Joe Wings)
  2. "Kasut Terbang" (Rody Kristal, Joe Wings / Loloq)
  3. "Suatu Kenangan" (Harun Ahmad)
  4. "Cita-citaku" (Razlan Kristal)
  5. "Virus" (Joe Wings)
  6. "Hei Bambino" (Edrie Hashim / Mael)
  7. "Hembusan Meniup" (Akiro)
  8. "Boheimia La Rambla" (Joe Wings / Mael)
  9. "Joeana" (Edrie Hashim / Merah)
  10. "Keindahan Pantai" (M. Shariff)

  • Analogi (2006) Hits: "Retorik Cinta", "Bongkak", "Zunika".
  1. "Rajuk Si Hawa" (Rody Kristal / Loloq)
  2. "Retorik Cinta"
  3. "Awek Cun" (Rody Kristal / Razlan Kristal)
  4. "Bongkak" (BONG / Azam Dungun)
  5. "Zunika"
  6. "Generasi Tv" (Razlan Kristal / Mael)
  7. "Analogi" (Kristal / Mael)
  8. "Cahaya" (BONG / Nuar Botak)
  9. "Busuk Membusung" (Lan Laga / Julfekar)
  10. "Nurani"

  • Rock Yeh Yeh 60an (2006)
  1. "Ayahku Kahwin Lagi"
  2. "Baju Hijau"
  3. "Bibir Mesra Jiwa Parah"
  4. "Ikan Todak"
  5. "Kenanganku"
  6. "Dendang Remaja"
  7. "La Obe"
  8. "Oh Fatimah"
  9. "Suzana"
  10. "Tak Mengapa"

  • KEUNGGULAN (2007) (Koleksi Terbaik 1999 - 2006)
  1. "Zunika"
  2. "Keindahan Pantai"
  3. "Delaila"
  4. "Cinta Zarina"
  5. "Suatu Kenangan"
  6. "Cita-citaku"
  7. "Anjakan Paradigma"
  8. "Kasut Terbang"
  9. "Ku Membisu"
  10. "Boheimia La Rambla"
  11. "Layar Dan Sambar"
  12. "Resam Pak Belalang"
  13. "Seragam Hitam"
  14. "Funky Bukan Ahwie"
  15. "Virus"
  16. "Kesal"

  • ROCKAFELLA (2007) Hits: "SMS", "Memburu Impian".
  1. "SMS"
  2. "Memburu Impian"
  3. "Kasihku"
  4. "Zakiah"
  5. "Memikat Hati"
  6. "Janji"
  7. "Madu Dan Racun"
  8. "Pujaan Hati"
  9. "Aku Semut Merah"
  10. "Basikal Tua"

  • BONGKAR (2008) Hits: "Bongkar", "Insan Hamba".
  1. "Bongkar" (BONG / Azam Dungun)
  2. "Insan Hamba" (Isman Isam)
  3. "Hitam Keemasan" (Rody Kristal / Mael)
  4. "Puteri Cinta Hati" (Razlan Kristal / Sheilance)
  5. "Tergiang-ngiang"
  6. "Esok Belum Pasti"
  7. "Cinta Murni"
  8. "Dari Bumi Ke Bulan" (Rody Kristal / Mael)
  9. "Suri"
  10. "Motor Satu Roda"
  11. "Harum Kasih Bersemi" (Isman Isam / Juwie)

  • BOLLYROCK (2009)
  1. "Semua Bayangan"
  2. "Bertemasya"
  3. "Ingin Bersua"
  4. "Gembira Bersama"
  5. "Jauh"
  6. "Tertanya-Tanya"
  7. "Maafkanlah"
  8. "Jangan Suka Merajuk"
  9. "Terpikat Hati"
  10. "Si Dewa Dewi"
  11. "Tiada Derita"
  12. "Penasaran"
  13. "Pujaan Hati"
  14. "Janji"
  • LUAHAN HATI (2010)
  1. "Ada Sadis Ada Magis" ( Bong /Azam Dungun)
  2. "Luahan Hati" (Hak Cipta Terpelihara )
  3. "Lelaki Teruja " (Lan Laga /Nikjah)
  4. Aku Kau Dan Cinta" ( Razlan Kristal /Sheilance
  5. "Angguk Metroseksual" (Lieynur / Mael )
  6. "Cinta Kita Punya" (Lan Laga /Nikjah)
  7. "Kasih" (Ahmad Nawab /Rina )
  8. "Kehadiranmu" (Js Kevin /Ann Kevin)
  9. "Seragam Hitam " ( M Nasir /Loloq)
  10. "Satu Untukmu" (Rody Kristal/ Sheilance )
  11. "Selagi Ada Rindu" ( Pak Long)
  • JOM AGO GO (2012)
CD 1
  1. Pesta Muda Mudi [2:58]
  2. Naik Keretaku [3:05]
  3. Nga Lompak Ago Go [3:28]
  4. Si Cincin Emas [3:28]
  5. Hidup Bersama [4:02]
  6. Tak Mengapa [4:21]
  7. Selamat Tinggal Pujaan [4:16]
  8. KSuzana [3:17]
  9. Siti Haida [3:27]
  10. Peracun Kalbu [3:44]
  11. Gadis Sepatu Merah (Lagu Baru) [3:56]
  12. Merindumu (Lagu Baru) [4:11]
CD 2
  1. Keindahan Pantai [4:06]
  2. Ayahku Kahwin Lagi [3:55]
  3. Kenanganku [3:34]
  4. Oh Fatimah [4:12]
  5. Pujaan Hati [4:36]
  6. Si Baju Hijau [3:17]
  7. Ikan Todak [4:18]
  8. Dendang Remaja [3:50]
  9. Janji [2:58]
  10. Bibir Mesra Jiwa [3:10]
  11. La Obe [4:16]
  12. Zunika [4:33]

Pautan luar

Read more »

Jumat, 14 Februari 2014

Biografi Kumpulan SEARCH

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
Search

Search_04-1-.jpg
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Johor, Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1981–2001, 2006–kini
Label Polygram Records (1984–1987)
BMG (1989–2001)
Life Records (2006–kini)
Kegiatan berkait Amy
M. Nasir
Wings
Laman web http://www.duniasearch.com.my
Ahli
Amy (penyanyi)
Yazid Ahmad (dram)
Hamzah Mohd Taib (gitar utama)
Noordin Taib (gitar)
Nasir Daud (bes)
Bekas ahli
Zainal Rampa (penyanyi, 1981–84)
Hillary Ang (gitar utama)
Hamzah Mohd Taib (gitar, 1989–2007)
Amran Marsiman (bes, 1985, 1992–)
Man Kidal (gitar, 1985)


Biografi

1981-88: Permulaan

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Sebelum mereka merakamkan album , Search pernah bermain di kelab- kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search & M .Nasir .Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penebit Search.Bermula lah satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings,dan lain lain.
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987,Sehinggalah gelaran tersebut dirampas oleh Kumpulan IKLIM pada tahun 1990 dek kejayaan menerusi lagu Suci Dalam Debu.
Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.[4]

1989–1997: "Fenomena" Search

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya.[7] Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik kepada Nordin Md Taib (gitar) .[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.[8]
Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4]
Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma.[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella,[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[9]
Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]
Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.
Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie dari kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu.[15] Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.[16]
Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Saleem ( Iklim )& Amy[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" & Aduhai! Seribu Kali Sayang yang masing masing dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk yang sama iaitu "Feel the Pain".[18] Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.[17] Apatah lagi dengan kemunculan penyanyi penyanyi baru yang memberi saingan yang sengit ketika itu antara yang menjadi siulan & diperkatakan ketika itu ialah Saleem ( Iklim ) yang muncul dengan lagu - lagu popular ketika itu antaranya Aduhai! Seribu Kali Sayang, Bukan Aku Tak Cinta & Sheilla, yang mana kesemuanya dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu tahun 1993 menerusi label SCS.
Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, itu pun selepas selesainya Konsert Kumpulan Rock yang popular menerusi lagu Suci Dalam Debu iaitu kumpulan IKLIM di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor malaysia pada 19 Jun 1994 EP remix satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]
Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

1998–2001: Perpecahan

Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]
Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, Akhirnya selepas berpeluh sebaldi, Yazit berjaya membariskan line up baru dlm SEARCH iaitu Moq(vokaliz), Shah(gitaris), Zam(bassis), dan Yazit(Drummer).
Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan. Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.
Pembubaran SEARCH satu Sejarah Sedih.Search ialah sebuah nama yang besar dlm sejarah muzik tanahair...siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia.Akhirnya, Search tertewas setelah bertahun-tahun berjuang dan telah di bubarkan pada tahun 2001.dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 .

2003–kini: Bersatu semula

SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28].Dan tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.
Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.
Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.
Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30].Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di johor,selepas banjir besar menlanda Kota Tinggi, Johor .
Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama)pada Search .Konsert istimewa itu menyaksikan 3 gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),dan Hillary Ang (gitar utama).konsert terakhir bagi Hillary Ang (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama).Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat.

Perkembangan semasa

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.[42]
Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember 2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011 di laporkan 7,000 orang [perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10,000 orang [perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15,000 rocker yang datang.[perlu rujukan] Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011 dengan hadiri 15,000 peminat.
Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. Pada tarikh 28 Januari 2012, D’Touchz International membawa SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012, di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search serta XPDC yang membariskan kedua vokalisnya iaitu Mael & Ali dan dua pemain bess Yan & Zuar serta 2 pemain drum Amy & Lola.Gitaris Izo pula dibantu oleh anak lelaki Izo sendiri...

Diskografi

*Album: Cinta Buatan Malaysia (1985)

*Album: Langit Dan Bumi (1986)

*Album: Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

*Album: Di Pintu Sepi (1988)

*Album: Berpaling (1988)

*Album: Fenomena (1989)

*Album: Search Live (1989)

*Album: Karisma (1990)

*Album: Search Sepuluh Tahun (1991)

*Album: Rampage (1992)

*Album: Double Trouble (1992)

*Album: Search Terbaik (1994)

*EP: Search Remix (1994)

*Album: Gema di Timur Jauh (1995)

*Album: Gema di Timur Jauh Unplugged (1995)

*Album: Rock N Roll Pie (1996)

*Album: Search Rock N Roll Pie, Live N Loud (1997)

*Album: Double Trouble 2 (1998)

*Album: Bikin Wilayah (1999)

*Album: Selepas Banjir (2000)

*EP: Empire Garden (Tidak Diterbitkan)(2003)

*Album: Konsert Evolusi Rock 2004 SEARCH (2004)

*Album: Gothik Malam Edan (2006)

*Album: Awan Biru Live In Concert- JB ' Rock n Roll City (2009)

*Album: Konsert Double Trouble SEARCH & WINGS rock n roll JB rock (2010)

*Album: Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH (2011)

Tracklist

*Cinta Buatan Malaysia (1985)

~Tracklist~
  1. Isi Atau Kulit
  2. Cinta Buatan Malaysia
  3. Cinta Sepi
  4. Cinta Pertama
  5. Sirih Gambir
  6. Balada Pemuzik Jalanan
  7. Kejora
  8. Nombor
  9. Jiwa-Jiwa Luka
  10. Musafir

*Langit Dan Bumi (1986)

~Tracklist~
  1. Musnah
  2. Meniti Titian Usang
  3. Langit Dan Bumi
  4. Rozana
  5. Tumbuk Rusuk
  6. Pasti
  7. Bisa
  8. Mencari Sebuah Nama
  9. Pada Satu Kedudukan
  10. Kau Pergi

*Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

~Tracklist~
  1. Pelesit Kota
  2. Fantasia Bulan Madu
  3. Gelora Cintaku
  4. Gadisku
  5. Bunga Pesona
  6. Pembakar Perasaan
  7. Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
  8. Serigala Segalanya
  9. Mat Rock
  10. Mentari Merah Di Ufuk Timur

*Di Pintu Sepi (1988)

~Tracklist~
  1. Di Pintu Sepi
  2. Setelah Hujan
  3. Rozana
  4. Meniti Titian Usang
  5. Musafir
  6. Kepala Angin
  7. Cinta Sepi
  8. Kejora
  9. Kau Pergi
  10. Gadis Ayu

*Berpaling (1988)

~Tracklist~
  1. Berpaling
  2. Mungkinkah Tertawa
  3. Fantasia Bulan Madu
  4. Bisa
  5. Gadisku
  6. Kau Akan Tahu
  7. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  8. Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
  9. Balada Pemuzik Jalanan
  10. Musnah

* Fenomena (1989)

~Tracklist~
  1. Fenomena
  2. Purnama
  3. Isabella
  4. Derap Komando
  5. Ku Taklukkan Dunia
  6. Menara Kesesatan
  7. Bencana
  8. Pawana
  9. Songsang
  10. Gadis Misteri

*Search Live (1989)

~Tracklist~
  1. Bencana
  2. Isabella
  3. Songsang (Temuramah)
  4. Derap Komando
  5. Fenomena
  6. Pawana
  7. Mencari (Instrumental)
  8. Malam
  9. Drum Solo (Instrumental)
  10. Menara Kesesatan
  11. Purnama (Temuramah)
  12. Gitar Solo (Instrumental)
  13. Gadis Misteri (Temuramah)

*Karisma (1990)

~Tracklist~
  1. Melastik Ke Bintang
  2. Melayar Bahtera
  3. Orang Timur
  4. Dunia Milik Kita
  5. Emanuelle
  6. Memandu Nafsu
  7. Teguh
  8. Manusia Reptilia
  9. Paranoid
  10. Orait Mama
  11. Sutera Atau Rayon

*Search Sepuluh Tahun (1991)

~Tracklist~
  1. Cinta Kita (Duet Amy & Inka)
  2. Manusia Oh Manusia
  3. Mencari (Instrumental)
  4. Malam
  5. Ku Taklukkan Dunia
  6. Emanuelle
  7. Teguh
  8. Gadis Misteri
  9. Derap Komando
  10. Fenomena
  11. Melastik Ke Bintang
  12. Isabella

*Rampage (1992)

~Tracklist~
  1. Neo Romantik
  2. Asli Dan Tulus
  3. Berbagai Wajah
  4. Metropolitan
  5. Analogi 0.1
  6. Feel The Pain
  7. Nigina
  8. Sederhana
  9. Bertopeng Cinta
  10. Nirmala

*Double Trouble (1992)

~Tracklist~
  1. Intro (Track 1)
  2. Gemuruh (Track 2)
  3. Akhirnya (Track 4)
  4. Nazar (Track 6)
  5. Cakap Memang Murah (Track 7)
  6. Seribu Satu Natijah (Kerana Dia) (Track 9)
  7. Ikutkan Saja (Track 11)

*Search Terbaik (1994)

~Tracklist~
  1. Setelah Hujan
  2. Fantasia Bulan Madu
  3. Isabella
  4. Nigina
  5. Seribu Satu Natijah
  6. Teguh
  7. Melayar Bahtera
  8. Bisa
  9. Malam
  10. Asli Dan Tulus
  11. Kau Pergi
  12. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  13. Meniti Titian Usang
  14. Kau Akan Tahu

*Search Remix (1994)

~Tracklist~
  1. Fantasia Bulan Madu
  2. Pelesit Kota
  3. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  4. Rozana
  5. Langit Dan Bumi

*Gema di Timur Jauh (1995)

~Tracklist~
  1. Laila Namamu Teratas
  2. Cintaku Hilang Bisanya
  3. Menuju Puncak
  4. Hello Kawan!
  5. Pinball Superhero
  6. Honky Tong Kosong
  7. Jeritan Rindu
  8. Roket
  9. Bersalah Atau Tidak
  10. No Way!!!
  11. Andai Ku Miliki Semalam

Anugerah dan penghargaan

Bersama pemenang di Anugerah Bintang Popular 1989

Rujukan

  1. Jump up Cinta Buatan Malaysia, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  2. Jump up Langit Dan Bumi, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  3. Jump up Mentari Merah di Ufuk Timur, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  4. Jump up to: 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Search, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  5. Jump up Kembara... Seniman Jalanan, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  6. Jump up R.S. Murthi. "Night of sheer beastly noise", Times Two (New Straits Times), 8 Disember 1988, p. 19. Dicapai pada 17 Januari 2010. 
  7. Jump up to: 7.0 7.1 Fenomena, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  8. Jump up to: 8.0 8.1 8.2 8.3 Budiey Isma. "Gambar Search di Sidang Media Tour Konsert Search Di Awan Biru", Sensasi Selebriti, 15 April 2009. Dicapai pada 21 Januari 2010. 
  9. Jump up to: 9.0 9.1 Karisma, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  10. Jump up Saleha Ali. "Having fun 'canning' Isabella", New Straits Times (Times Two), 23 Mei 1990, p. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  11. Jump up Lim, Elaine. "Pulling 'em in with Search and hype", New Straits Times (Times Two), 27 Ogos 1990, p. 25. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  12. Jump up Sepuluh Tahun, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  13. Jump up Tiong, John. "Search looks for New York break", New Straits Times, 8 Julai 1991, p. 27. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  14. Jump up Rampage (1992), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  15. Jump up "Haircuts end rock group ban", The Times, Associated Press, 2 November 1992, p. 13A. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  16. Jump up "Protes ke RTM", Tempo, 30 Oktober 1993. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  17. Jump up to: 17.0 17.1 "Rock group Search & Saleem (( Iklim ))a hit in Holland", New Straits Times (City News), 6 Ogos 1993, p. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  18. Jump up Bissme S.. "Search still on", The Sun, 13 April 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010. 
  19. Jump up Magic (1994), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  20. Jump up Gema Di Timur Jauh, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  21. Jump up "Malaysian artistes at song fest", New Straits Times, 4 Ocotber 1996, p. 19. Dicapai pada 21 Januari 2010. 
  22. Jump up Zainal Alam Kadir. "Search is still on", New Straits Times (Weekend Life & Times), 21 Mac 1998, p. 4. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  23. Jump up Zainal Alam Kadir. "In music, it's all in the stars", New Straits Times (Life & Times), 30 Disember 1998, p. 3. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  24. Jump up Bikin Wilayah, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  25. Jump up Selepas Banjir, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  26. Jump up Rockestra, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  27. Jump up Sharifah Arfah. "Search still rockin' good", New Straits Times, 13 Februari 2004. 
  28. Jump up Pauline Jasudason. "Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions", Associated Press, 8 September 2004. 
  29. Jump up N. Rama Lohan. "Search ready to rock again", The Star Online, 28 April 2006. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  30. Jump up Wahida Asrani. "Konsert S2 Celebration hilang bisa kerana Search?", mStar Online, 7 Januari 2007. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  31. Jump up Ary Hermawan dan Desy Nurhayati. "Malaysia, Indonesia quarrel turns to music", The Jakarta Post, 5 September 2008. Dicapai pada 19 Januari 2010. 
  32. Jump up "Celcom Taja Konsert Kumpulan Rock Tempatan", Bernama, 7 April 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010. 
  33. Jump up "Jelajah Awan Biru Search: Sepintas Lalu", gua.com.my, 1 Jun 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010. 
  34. Jump up "Search: Belum Masa Untuk Bersara", gua.com.my, 5 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010. 
  35. Jump up Abd Aziz Itar. "Sayang sistem bunyi 'hancur'", Utusan Online, 4 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010. 
  36. Jump up Siti Azira Abd Aziz. "Search Jelajah Eropah Februari Ini", mStar Online, 14 Januari 2010. 
  37. Jump up Esme Johari Wahab. "Search Di Ufuk Barat", Harian Metro, 13 Feb 2010. Dicapai pada 7 Mac 2010. 
  38. Jump up Rizal Johan. "Amy Search turns to musical", The Star Online, 20 Januari 2010. 
  39. Jump up Nur Aqidah Azizi. "Search no further for Amy", Malay Mail, 5 April 2010. Dicapai pada 5 April 2010. 
  40. Jump up Search, Wings rock the city, New Straits Times, 2 Mei 2010.
  41. Jump up Search, Wings gegar JB, Harian Metro, 7 Jun 2010.
  42. Jump up "Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010", Mangga Online, 23 Disember 2010. Dicapai pada 26 Disember 2010. 
Read more »