Jumat, 14 Februari 2014

Biografi Kumpulan EXISTS

Exists merupakan kumpulan muzik dari Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai empat orang yang kesemuanya lelaki. Mereka mula mencipta nama dalam tahun 1990-an dengan lagu Untukmu Ibu.

Ahli-ahli

Sejak penubuhan awal Exists pada tahun 1991 sehingga kini, beberapa perubahan telah berlaku di dalam ahli kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga telah bertukar daripada EXIST pada 1991 kepada EXISTS pada 1996. Berikut adalah ahli dan bekas ahli kumpulan Exists.
Exist 1991-1993:-
  1. Mohd Ali bin Kamarudin (Mamat) - Penyanyi
  2. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - Keyboard
  3. Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah) - Gitar utama
  4. Azrul bin Nasir (Along) - Gitar kedua
  5. Musa bin Radhi (Musrad) - Bass
  6. Shahrudin bin Saniman (Ujang) - Dram
Exist 1993-1994:-
  1. Mohd Ali bin Kamarudin (Mamat) - Penyanyi
  2. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - Keyboard
  3. Azrul bin Nasir (Along) - Gitar
  4. Musa bin Radhi (Musrad) - Bass
  5. Shahrudin bin Saniman (Ujang) - Dram
EXIST 1995-EXISTS 1997:-
  1. Mohd Rohaizad Mohd Lazim (Ezad) - Penyanyi
  2. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - Keyboard
  3. Azrul bin Nasir (Along) - Gitar
  4. Musa bin Radhi (Musrad) - Bass
  5. Shahrudin bin Saniman (Ujang) - Dram
Exists 1997-2007:-
  1. Ezad
  2. Along
  3. Musrad
  4. Ujang
Exists 2008:-
  1. Joey
  2. Along
  3. Musrad
  4. Ujang

Sejarah

Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.
Ahli-ahli Exists pada ketika itu ialah Mamat (vokalis, kini bergerak solo), Shah (gitar, kini bersama Slam), Along (gitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard, kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).
Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.
Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh JOJO's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.
Pada album kedua Exist yang berjudul Anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO's Production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO's Production.
Namun akhirnya, Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC. Tetapi perpindahan Exist dari JOJO's Production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka, Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain. Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang berasal dari Kedah Darul Aman bernama Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim yang lebih dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, Ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.
Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist ternyata tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu, Ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada muzik tanah air.
Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS di mana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.
Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists.

Diskografi

Album Studio

Album Kompilasi

Album Bungkusan Semula

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Untukmu Ibu" Exist
1992 "Rahsia Pohon Cemara"
"Langkah Seiringan"
"Janji Bidadari"
"Sebelum Terlewat"
1993 "Janji Padamu" Anugerah
"Nota Di Lautan Sepi"
1994 "Anugerah"
"Terpaksa"
1995 "Masih Terserlah Ayumu" Diammu Gunung Berapi
"Alasanmu"
juga dengan judul "Mencari Alasan"
"Diammu Gunung Berapi"
1996 "Tak Ku Biar"
1997 "Mengintai Dari Tirai Kamar" Jangan Gentar
"Jangan Gentar"
"Hani Lempengnya Hangus"
"Terlerai Janji"
1998 "Kapal Terbang Kertas" Mutan
"Dirantai Digelangi Rindu"
"Siapa Selain Aku?"
1999 "Emily"
"Rindu Serindu-rindunya" Tangkap Lentoq
2000 "Bunga" Best of Exists
2001 "Jesnita" Ada
"Julia"
2002 "Mama Tolonglah Percaya"
"Kau Lebih Dari Kejora"
"Menanti Saat Termampu"
2003 "Percayakan Siti" Seperti Dulu
"Seperti Dulu"
"Tak Tahu Harga Cinta"
"Yang Indah Telah Tiada"
2004 "Waktu Kita Jauh"
"Penisilin"
menampilkan Farihin Abdul Fatah
Paragon
"Hilang Dalam Ramai"
2005 "Dengar Ella Menyanyi"
2006 "Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)"
juga dengan judul "Malam Cinta Beradu"
Special Edition
2007 "Syira" Hits Rakaman Semula
2008 "Aku Dengan Mu" Keunggulan
"Cinta Terindah"
"Di Sebalik Rahsia Cinta"
duet bersama Mimie Haris

Album

# Exist (1991)

  • 01 - Hidupan Fantasi
  • 02 - Untukmu Ibu
  • 03 - Sebelum Terlewat
  • 04 - Meniti Cita-Cita
  • 05 - Janji Bidadari
  • 06 - Rahsia Pohon Cemara
  • 07 - Kuman H.I.V
  • 08 - Kerana Cinta
  • 09 - Gema Muzik
  • 10 - Langkah Seiringan

# Anugerah (1993)

  • 01 - Panggilan Pulau
  • 02 - Dari Adik Tercinta
  • 03 - Anugerah
  • 04 - Janji Pada Mu
  • 05 - Dimensi Mario
  • 06 - Nota Di Lautan Sepi
  • 07 - Mendekati Nirwana
  • 08 - X-zit (Exit Instrumental)
  • 09 - Sebelum Terlewat (Remix)
  • 10 - Terpaksa

# Dulu Dan Sekarang (1994)

  • 01 - Untukmu Ibu
  • 02 - Sebelum Terlewat
  • 03 - Janji Bidadari
  • 04 - Rahsia Pohon Cemara
  • 05 - Kerana Cinta
  • 06 - Langkah Seiringan
  • 07 - Dari Adik Tercinta
  • 08 - Anugerah
  • 09 - Janji Padamu
  • 10 - Nota Di Lautan Sepi
  • 11 - Sebelum Terlewat (remix)
  • 12 - Terpaksa

# Diammu Gunung Berapi (1995)

  • 01 - Alasanmu
  • 02 - Anak 90-an
  • 03 - Anugerah II
  • 04 - Cinta Dua Benua
  • 05 - Dalam Kenangan
  • 06 - Diammu Gunung Berapi
  • 07 - Masih Terserlah Ayumu
  • 08 - Pertama
  • 09 - Roller Coster
  • 10 - Tak Ku Biar
  • 11 - Takdir

# Jangan Gentar (1997)

  • 01 - Mengintai Dari Tirai Kamar
  • 02 - Jangan Gentar
  • 03 - Larilah Lari
  • 04 - Madah Di Pusara
  • 05 - Oh! Benih Adam
  • 06 - Hanya Kerna Dia
  • 07 - Terlerai Janji
  • 08 - Cari Belia Pinjam Api
  • 09 - Hani Lempengnya Hangus
  • 10 - Aku Tak Kan Bunuh Diri (Jangan Bunuh Diri Sendiri)
  • 11 - Satu Balaci Satu Barua
  • 12 - Kembalikan Hatinya

# Mutan (1998)

  • 01 - Kapal Terbang Kertas
  • 02 - Siapa Selain Aku
  • 03 - Dan Ku Lihat Keagungan Tuhan
  • 04 - Kotak Hujan
  • 05 - Tersiksa Lagi Batinku
  • 06 - Pancut Ke Siling
  • 07 - Vs.
  • 08 - Emily
  • 09 - Hero (Siapa Dia...?)
  • 10 - Manifesto Luar Biasa
  • 11 - Dirantai Digelangi Rindu

# Best Of Exists (2000)
  • 01 - Tak Ku Biar
  • 02 - Untukmu Ibu (New Version)
  • 03 - Kapal Terbang Kertas
  • 04 - Siapa Selain Aku
  • 05 - Alasanmu
  • 06 - Emily
  • 07 - Anugerah
  • 08 - Jangan Gentar
  • 09 - Dirantai Digelangi Rindu
  • 10 - Hani Lempengnya Hangus
  • 11 - Masih Terserlah Ayumu
  • 12 - Diammu Gunung Berapi
  • 13 - Mengintai Dari Tirai Kamar
  • 14 - Bunga

# Ada (2001)

  • 01 - Jesnita
  • 02 - Mama Tolonglah Percaya
  • 03 - Kau Lebih Dari Kejora
  • 04 - Julia
  • 05 - Menantikan Saat Termampu
  • 06 - Cinta Memang Indah
  • 07 - Kau Akan Pulang
  • 08 - Konklusi
  • 09 - Terasa Baiknya
  • 10 - Themes
  • 11 - Frustrasi

# Seperti Dulu (2003)
  • 01 - Seperti Dulu
  • 02 - Percayakan Siti
  • 03 - Yang Indah Telah Tiada
  • 04 - Waktu Kita Jauh
  • 05 - Kuala Lumpur Langkawi
  • 06 - Cinta Bukan Materi
  • 07 - Sudah Tertulis Semuanya
  • 08 - Destini
  • 09 - Tak Tahu Harga Cinta
  • 10 - Bukan Lelaki Itu

# Paragon (2004)

  • 01 - Penisilin (feat. Farihin Abd Fatah)
  • 02 - Bergelutan
  • 03 - Dengar Ella Menyanyi (vokal Along)
  • 04 - Hilang Dalam Ramai
  • 05 - Dosa Pada Dinda
  • 06 - Revelasikan
  • 07 - Pada 31
  • 08 - Pilihan
  • 09 - Hidup
  • 10 - Dengan Atau Tanpamu
  • 11 - Kau Jadikan Tandanya
  • 12 - Dirgahayu Kerlipan Bintang

# Special Edition (2006)

Exist-special-edition.jpg
  • 01 - Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)
  • 02 - Mengintai Dari Tirai Kamar (re-arrange)
  • 03 - Penisilin
  • 04 - Bergelutan
  • 05 - Pilihan
  • 06 - Hilang Dalam Ramai
  • 07 - Dosa Pada Dinda
  • 08 - Onaji Mamade
  • 09 - Revelasikan
  • 10 - Pada 31
  • 11 - Dengar Ella Menyanyi
  • 12 - Hidup
  • 13 - Dirgahayu Kerlipan Bintang
  • 14 - Kau Jadikan Tandanya
  • 15 - Dengan Atau Tanpamu
  • 16 - Ushinatta Ano Omoide

# Memori Hits 1990-1996 (2007)

Senarai runut
CD 1
  1. Langkah Seiringan
  2. Ucapan
  3. Salju Di Danau Rindu
  4. Anugerah
  5. Hidup Fantasi
  6. Janji Bidadari
  7. Anak 90'an
  8. Tujuh
  9. Hanya Engkau Kekasih
  10. Oh! Sekolah ku
  11. Janji Pada Mu
  12. Terpaksa
  13. Nota Di Lautan Sepi
  14. Pasrah
  15. Cinta Dua Benua
CD 2
  1. Sebelum Terlewat
  2. Mendekati Nirwana
  3. Pertiwi
  4. Cerita Sang Suria
  5. Dusunku
  6. Dimensi Mario
  7. Meniti Cita-Cita
  8. Inspirasi Kamar Hati
  9. Panggilan Pulau
  10. Kuman HIV
  11. Wajah - Wajah Ibunda
  12. Untukmu Ibu
  13. Dari Adik Tercinta
  14. Tak Mungkin Berpaling
  15. Rahsia Pohon Cemara

# Hits Rakaman Semula (2007)

Hits Rakaman Semula 2007.jpg
  • 01 - Alasanmu
  • 02 - Untukmu Ibu
  • 03 - Malam Cinta Beradu
  • 04 - Janji Pada Mu
  • 05 - Renyai Di Hati
  • 06 - Rahsia Pohon Cemara
  • 07 - Hujan Permata
  • 08 - Langkah Seiringan
  • 09 - Mengintai Dari Tirai Kamar
  • 10 - Suratan
  • 11 - Syira

# Keunggulan (2008)
  • 01 - Aku Dengan Mu (lagu baru) [feat. Joey]
  • 02 - Cinta Terindah (lagu baru) [feat. Joey]
  • 03 - Untukmu Ibu
  • 04 - Rahsia Pohon Cemara
  • 05 - Langkah Seiringan
  • 06 - Janji Pada Mu
  • 07 - Alasanmu
  • 08 - Masih Terserlah Ayumu
  • 09 - Jangan Gentar
  • 10 - Mengintai Dari Tirai Kamar
  • 11 - Di Sebalik Rahsia Cinta (feat. Mimie)
  • 12 - Hani Lempengnya Hangus
  • 13 - Kapal Terbang Kertas
  • 14 - Jesnita
  • 15 - Julia
  • 16 - Mama Tolonglah Percaya
  • 17 - Percayakan Siti
  • 18 - Seperti Dulu
  • 19 - Syira
  • 20 - Malam Cinta Beradu

Lain-lain lagu

  1. Larilah Larilah
  2. Kembali
  3. Usah Tinggal Daku Kekasih
  4. Pasti Kau Ingin

* Dapatkan lirik lagu-lagu popular exists dan banyak lagi di http://www.exists.com.my

Projek Solo Ezad Lazim
  1. Dua Insan duet bersama Iva Virginia
  2. Renyai Di Hati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar