Jumat, 14 Februari 2014

Biografi Kumpulan DeF-Gab-C

Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang bernuansa hard rock dengan sentuhan punk, emo/gothic dan pop rock.

DeF-Gab-C

Def Gab C - Neolithic
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1997 - present
Label MVM & Universal Music (M)
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web Def Gab C

Sejarah awal

Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an. JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an. Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat.

Kemuncak Populariti

Kelahiran album Skala pada lewat tahun 1999 seterusnya meletakkan nama Def-Gab-C ke tahap yang lebih baik lagi. Lagu Cinta Sakti yang dicipta oleh M. Nasir berjaya menawan hati pendengar sehingga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Senario sebagai lagu Cinta Sate.
Kejayaan sebenar muncul menerusi album ketiga yang berjudul Remifasolatido yang menampilkan hits nombor 1 di majoriti carta muzik iaitu Marilah Maria ciptaan JS Kevin dan juga Aku dan Kamu ciptaan Andi Rahman. Lagu Marilah Maria membawa pulang trofi "Lagu Rock Terbaik" di Anugerah Era 2001 dan juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2001 untuk kategori Pop Rock. Album ini berjaya mengukuhkan nama kumpulan ini dalam waktu singkat hingga meraih trofi di Anugerah Industri Muzik ke-9 pada tahun 2002 untuk kategori Album Rock Terbaik. Tidak hanya berjaya di Malaysia, kumpulan ini juga menempa nama di rantau Nusantara, terutama Indonesia. Album ini disifatkan sebagai album paling sukses dalam kerjaya kumpulan rock ini.
Menyusul selepas itu ialah album Merah: Retrospektif Perspektif yang menyambung legasi hits terhebat kumpulan ini menerusi lagu Merah dan Arigato. Menerusi lagu Terbang, kumpulan ini berkolaborasi bersama kugiran terkenal Indonesia iaitu The Fly.

Isu Ayah Pin dan Pemencilan

Pada tahun 2004, mereka menerbitkan album Raw yang disifatkan pendengar sebagai album yang sedikit mild dan tidak menampakkan sisi-sisi sebenar Def-Gab-C yang penuh attitude. Biarpun mendapat sedikit kritikan, album ini masih terjual dengan baik dan dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ke-12. Panas yang disangka berpanjangan akhirnya hujan turun di tengah hari apabila salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Lee Space didakwa menganggotai kumpulan ajaran sesat Ayah Pin. Isu ini mendapat perhatian di dada-dada akhbar hingga menjejaskan nama baik Def-Gab-C. Setelah berusaha kembali tanpa Lee Space, populariti Def-Gab-C disifatkan tidak sehangat dahulu.

Ahli-ahli

Dianggotai oleh Asheed, Eddie dan pemain drum terbaru mereka iaitu Atong yang pernah menganggotai salah sebuah kumpulan underground di Malaysia dan Cha'a sebagai pemain guitar yang pernah menganggotai kumpulan Rampage dan Flop Poppy. Asheed merupakan vokalis yang popular di Malaysia dan hanya segelintir artis yang dikenali kerana "attitude" yang tersendiri di atas pentas. Persembahan Asheed dengan gaya rambut berwarna warni serta gerak tubuh yang agak pelik menjadi signature kumpulan ini. Asheed pernah menyertai pertandingan realiti Sehati Berdansa pada tahun 2008.
Anggota semasa :-
  • Asheed (Def-Gab-C)- Vocal (1997-present)
  • Eddie - Bass (1999-present)
  • Cha'a - Guitar (2011-present)
  • Atong - Drum (2004-present)
Bekas anggota :-
  • Nizam - Bass (1997)
  • Lee Space - Drum (1997-2002)
  • Jemboo - Guitar (1997-2006)

Diskografi

Album Studio

Album Kompilasi

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1997 "Change Your Life" Citarasa
"Ibukota Cinta"
1998 "Tak Sanggup Lagi"
"Konsentrasi Yang Hilang"
"Maniq Kayangan"
1999 "Cinta Sakti" Skala
"Apakah Ilusi"
2000 "Ranjau Kasturi"
2001 "Marilah Maria" Remifasolatido
"Melayu Tak Hilang Hilang"
"Suara Nada Rindu"
"Aku dan Kamu"
2002 "Merah" Merah: Retrospektif Perspektif
"Arigato"
2003 "Terbang"
bersama kumpulan The Fly
2004 "Ampunkan Aku" Raw
"Hiasan Kiasan"
2005 "Janjiku Pada Bulan"
2006 "Perjalanan Misteri" The Best of Def-Gab-C
"Funky Disko" RWD0106
"Pelangi Petang"
2007 "Asyik"
"Risalah Hati"
2011 "Cinta Di Mana" Neolithic
"Rinai"
2012 "Walaupun"
"Suara Hati"

Lagu-lagu

Cita Rasa (1997)

  • Tak sanggup Lagi
  • Ini Harapanku
  • Change Your Life
  • Cita Rasa
  • Huru Hara ( Api Dalam Sekam)
  • Kosentrasi Yang Hilang
  • Maniq Kayangan
  • Hasrat dan Cita Cita
  • Di Umpan Mimpi
  • Ibu Kota Cinta
  • Story Of Wings
lineup:
   Asheed - vokal
   Jemboo - gitar
   Nizam - bass
   Lee Space - drum

Skala (1999)

  • Cinta Sakti
  • Ranjau Kasturi
  • Mengintai Langit
  • Aku Tidak Tahu
  • Apakah Ilusi
  • Bahan Bakar
  • Parasit
  • Sendiri Mau Ingat
  • Mulut Kita Masin
  • Angan Di Sebalik Renungan
  • Lagu Bonus (Ranjau Kasturi versi akustik)
lineup:
   Asheed - vokal
   Jemboo - gitar
   Eddie - bass
   Lee Space - drum

Remifasolatido (2001)

  • Melayu Tak Hilang Hilang
  • Marilah Maria
  • Masih ada biru
  • Hide In Pain
  • Labu Labi
  • Ini Lagu Itu
  • Suara Nada Rindu
  • Aku Bukan Kamu
  • Aku dan Kamu
  • Siluman Keris
  • Remifasolatido

Merah (2002)

  • Merah
  • Terbang
  • Arigato
  • Cinta Sakti
  • Ini Lagu Itu
  • Apakah Ilusi
  • Melayu Tak Hilang-Hilang
  • Marilah Maria Masterpiece
  • Konsentrasi Yang Hilang
  • Maniq Kayangan
  • Ibu Kota Cinta
  • Aku Dan Kamu
  • Tak Sanggup Lagi
  • Retrospektif (medley)

Raw (2004)

  • Phd (perasaan hasad dengki)
  • Syukur segala
  • Ampunkan aku
  • Hero terlarang
  • Lara arjuna
  • Pling plang pleng
  • Hiasan kiasan
  • Panah asmara
  • Realiti dan hipokrasi
  • Janjiku pada bulan

RWD0106 (2006)

Album langsung (live) pertama.
  • Risalah Hati (New Song)
  • Pelangi Petang
  • Berjuta waktu
  • Asyik (New Song)
  • Kenangan Mengusik Jiwa
  • Lina
  • Funky Disco (New Song)
  • Akan Ku Kenang

The Best Of Def Gab C (2006)

  • Ibukota Cinta
  • Merah
  • Cinta Sakti
  • Tak Sanggup Lagi
  • Arigato
  • Apakah Ilusi
  • Marilah Maria
  • Hiasan Kiasan
  • Suara Nada Rindu
  • Janjiku Pada Bulan
  • Aku Bukan Kamu
  • Melayu Tak Hilang Hilang
  • Ampunkan Aku
  • Terbang
  • Ini Lagu Itu
  • Perjalanan Misteri

NEOLITHIC (2011)

  • Kurniaan
  • Cinta Di Mana
  • Walaupun
  • Rinai
  • Merah ( Re-Recorded )
  • Cinta Sakti ( Re-Recorded )
  • Suara Hati
  • Marilah Maria ( Re-Recorded )
  • Ibu Kota Cinta ( Re-Recorded )
  • Tunggu Aku
lineup:
   Asheed - vokal
   Cha'a - gitar
   Eddie - bass
   Atong - drum

Pencapaian

  • Anugerah Kumpulan rock terbaik dalam Anugerah Ceria Media Hiburan
  • Album Rock Terbaik AIM 2001.
  • Lagu Rock Pilihan - Anugerah Era 2001
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar