Jumat, 14 Februari 2014

Biografi Kumpulan XPDC

XPDC

Album Kumpulan XPDC
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Heavy Metal, Hard Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web Lirik lagu
Ahli
Mael - Vokal
Izo - Lead Guitar
Zua - Bass Guitar
Amy - Drummer
Bekas ahli
Mael - Vokal
Zua - Bass Guitar
Lee Space
Kumpulan XPDC adalah kugiran ikon Heavy Metal di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli

1987 - 1997

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar
  4. Lee Space - Drummer / Amy - Drummer

1998 - 2005

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar / Yan (Lefthanded) - Bass Guitar
  4. Amy - Drummer / Lola (Kamikaze) - Drummer / Pae (Barongan) - Drummer

2006 - XPDC REUNION

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar
  4. Amy - Drummer
  • Asyraf (Whiterose) pernah menjadi vokalis sementara pada pertengahan tahun 2006.
(Asyraf tidak merakam mana-mana album)

Sejarah

Awal penubuhan

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya masalah dalaman dengan pihak Life Rekod (syarikat rakaman mereka) dan hasutan pihak luar telah menyebabkan studio dan pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula nampak pada XPDC.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.

2006

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.Pada jun 2006, Asyraf dari kumpulan (Whiterose)salah satu kumpulan dari Sarawak pernah menjadi vokalis sementara XPDC.Suara Asyraf yang di katakan seakan suara Mael pernah juga berusaha untuk mempertahankan XPDC dari lenyap di arena rock.Atas masalah peribadi,Asyraf( Whiterose) telah keluar dari XPDC pada Ogos 2006(memberi laluan kepada Mael).

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).

2008

Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

2009

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada dipasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...
  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus
Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
BONUS VCD-REUNION
  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

Diskografi

Album Sudio



  1. Raja Kertas [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Aku Dan Sesuatu [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Pelesit Mata Sebelah [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  4. C.I.N.T.A. (Instrumental Mix) [Lagu: ZN Kevin]
  5. Gerak 2000 [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  6. Bukan Milik Aku [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  7. Abadikah Tragedi [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  8. Cermin Dunia [Lagu: Bad / Lirik: Wan Zul]
  9. Jangan Tak Mandi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  10. C.I.N.T.A. [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Lee : Drums
Izo : Gitar
  • Timur Barat (1992)
  1. C.T. Cinta Kenangan Silam [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Hamba Abdi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  3. Ikatan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC & Ayah Chu]
  4. Lagu Dari Aku [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
  5. Penyakit Gatal [Lagu: Mael XPDC & Hairee STRA-T.G / Lirik: Mael XPDC & Hairee STRA-T.G]
  6. Hairan Bin Ajaib [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC]
  7. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  8. C.T. Cinta Kenangan Silam (Instrumental Mix) [Lagu: Zul Kevin]
  9. Cekal [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Mael XPDC & Ayang]
  10. Impian Seroja [Lagu: Zul Kevin / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Kita Peng-Yu (1994)
  1. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  2. Nafisa [Lagu: JS Kevin / Lirik: Sabri Zainuddin Zainal]
  3. John Jenin [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  4. Kita Peng-Yu [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  5. Kabus Semalam [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  6. Selendang Merdeka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  7. Hijau Bumi Tuhan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  8. Ntahapahapatah [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  9. Titian Perjalanan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  10. Sentuhan XPDC (Instrumental) [Lagu: Izo XPDC]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Brutal (1997)
  1. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  2. Hentian Ini [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Hidup Bersama [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  4. Tinggalkan Semalam [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  5. Aku Tak Kan Bising [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  6. Senapang Patah [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin]
  7. Cempedak Jadi Nangka [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
  8. Aku Masih Di Sini [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  9. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  10. Apa Nak Di Kata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
  • Samurai (1998)
  1. Bagaikan Samurai
  2. Ulat & Kulat
  3. Teman
  4. Kenapa Apakah
  5. O-Key
  6. King El-mondouqe
  7. Dunia Empat Segi
  8. Tanggis Darah
  9. Paiseh
  10. Semangat Perjuangan Harmoni
Ali : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar
Lola : Drums (Jemputan)
  • V6 (2002)
  1. Berdesup Cahaya
  2. Kaca
  3. Sakinah
  4. Monggol Dah Pulang
  5. Hujan Air Mata (Simpati Bumi Palestin)
  6. Anti Perang
  7. Selamat
  8. Haprak
  9. Aku Datang Sekejap Lagi
  10. Hilang Satu Skrew
Ali : Vocal
Yan : Bass
Lola : Drums
Izo : Gitar
  1. Aku Yang Hilang (Lagu:Izo XPDC / Lirik: Azman)
  2. Apa Lagi Nak Dikenang (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  3. Sanasinisamasaja (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC)
  4. Aku Tetap Aku (Lagu: Brutal / Lirik: Azam Dungun)
  5. Ntahye Ntahtidak (Lagu: Brutal / Lirik: Ozi)
  6. Rasipariso (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun)
  7. Rasa (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  8. Pusing Cinta (Lagu: Brutal / Lirik: Sani Sudin)
  9. Sampai Bila (Lagu: Izo XPDC / Lirik: Ozi)
  10. Curahan Rasa (Lagu: J.S. Kevin / Lirik: J.S.Kevin)
  11. Menentang Arus (Lagu: J.S. Kevin / Lirik: J.S.Kevin)
  12. Raja Kertas [Lagu: ZN Kevin / Lirik: JS Kevin]
  13. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  14. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  15. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
Mael : Vocal
Zuar : Bass
Amy : Drums
Izo : Gitar

Album Kompilasi

  • Unplugged XPDC & Rakan-Rakan (1995)
  1. Hairan Bin Ajaib
  2. Impian Seroja
  3. Kemilau Cinta (Azmani)
  4. Akukah Yang Bersalah (Candy)
  5. Anak Dunia (Ruhil)
  6. C.T. Cinta Kenangan Silam
  7. Michelle (Kris)
  8. Pijar (Azmani)
  9. Aku Hanya Seranggai (Bumiputra Rockers)
  10. Bukan Milik Aku
  • Rock Ballad (1995)
  1. Titian Perjalanan
  2. C.T. Cinta Kenangan Silam
  3. Aku Dan Sesuatu
  4. Bukan Milik Aku
  5. Impian Seroja
  6. Abadikah Tragedi
  7. Lagu Dari Aku
  8. Kabus Semalam
  9. Nafisa
  10. C.I.N.T.A.
  • Seleksi Headbang (1995)
  1. Kita Peng-Yu
  2. Hamba Abdi
  3. Selendang Merdeka
  4. Jangan Tak Mandi
  5. Bahalol
  6. Talam Dua Muka
  7. Penyakit Gatal
  8. Ntahapahapantah
  9. Hariran Bin Ajaib
  10. Gerak 2000
  • Metal 60'an (1997)
  1. Hidup Bersama (Mael)
  2. Rock N Roll (Ali)
  3. Suzanna (Ary)
  4. Oh Teruna (Adeq)
  5. Suratku Untukmu (Jatt)
  6. Malam Pasaria (Ary)
  7. Bibir Mesra Jiwa Parah (Jatt)
  8. Malang Selalu (Adeq)
  9. La Obe (Jatt)
  10. Lagu Tiga Kupang (Ali)
  • Metal 50'60'an (1998)
  1. Alah Emak Kahwinkan Aku (Ali)
  2. Ikan Todak (Jatt)
  3. Bunyi Gitar (Ary)
  4. Syurga Idaman (Fazilah)
  5. Kekasih Berduka (Ary)
  6. Kenanganku (Jatt)
  7. Darah Muda (Dila)
  8. Selamat Pengantin Baru (Ari)
  9. Baju Kebaya (Ali)
  10. Pontianak (Ary)
  • Real N Reality (2000)
  1. Sedekah (Mael) - Lagu Baru
  2. Nyanyuk (Ali) - Lagu Baru
  3. Penyakit Gatal (Mael)
  4. Kenapa Apakah (Ali)
  5. Hidup Bersama (Versi Baru) (Mael)
  6. Alah Emak Kahwinkan Aku (Ali)
  7. Hamba Abdi (Mael)
  8. Bagaikan Samurai (Ali)
  9. Jangan Tak Mandi (Mael)
  10. Rock & Roll (Ali)
  11. Hairan Bin Ajaib (Akustik) (Mael)
  12. Teman (Ali)
  • Un'metal (2000)
  1. Langsung Tak Faham (Lagu Baru)
  2. Teman
  3. Kenapa Apakah
  4. Semangat Perjuangan Harmoni
  5. C.I.N.T.A.
  6. Titian Perjalanan
  7. Hidup Bersama
  8. Semangat Yang Hilang
  9. Apa Nak Dikata
  10. Masih Ada Semangat (Lagu Baru)
  • Un'metal II (2003)
  1. Sakinah
  2. Kaca
  3. Hijau Bumi Tuhan
  4. Hentian Ini
  5. Senapang Patah
  6. Hujan Airmata
  7. Monggol Dah Pulang
  8. Aku Masih Disini
  9. Bahalol
  10. Berakit Ke Langit
  • Mdley Rugged (2005)
  1. Bahalol - Talam Dua Muka - Tak Nak Jadi Soh Chai - Kita Peng Yu
  2. Impian Seroja - Hentian Ini - Titian Perjalanan
  3. Cekal - Hijau Bumi Tuhan - Bukan Milik Aku
  4. Ntahapahapantah - Raja Kertas - Monggol Dah Pulang
  5. Haprak - Nyanyuk - Berdesup Cahaya - Ulat & Kulat
  6. Pelesit Mata Sebelah, John Jenin, Hidup Bersama
  7. Aku Masih Disini - Nafisa - Teman
  8. King El Mondouqe - Hairan Bin Ajaib - Senapang Patah
  9. Selendang Merdeka - Apa Nak Di Kata
  10. Sakinah - Semangat Yang Hilang
  • Rock Union (2008)
Disc 1
  1. Curahan Rasa (Lagu Baru)
  2. Teman
  3. Selendang Merdeka
  4. Genggam Api
  5. Sedekah
  6. Impian Seroja
  7. Pelesit Mata Sebelah
  8. C.I.N.T.A.
  9. Sebalik Senyuman
  10. Sudah Sampai Sini
Disc 2
  1. Menentang Arus (Lagu Baru)
  2. Kita Peng-Yu
  3. Misteri Mimpi Syakilla
  4. C.T. Cinta Kenangan Silam
  5. Semangat Yang Hilang
  6. Segar Dalam Ingatan
  7. Bahalol
  8. Titian Perjalanan
  9. Hairan Bin Ajaib
  10. Lain Hidup

Album Live

Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara (1998)
  • Disc 1
  1. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  2. Ntahapahapantah [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  3. Bahalol [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  4. Hairan Bin Ajaib [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC]
  5. Senapang Patang [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin]
  6. Bibir Mesra Jiwa Parah [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  7. Selendang Merdeka [Lagu: JS Kevin / Lirik: JS Kevin]
  8. Lagu Tiga Kupang [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  9. Kita Peng-Yu [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  10. Drum Solo
  • Disc 2
  1. Suratku Untukmu [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  2. Ikan Todak [Lagu: Rukimin Judi / Lirik: Joerem]
  3. Baju Kebaya [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  5. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
  6. Hidup Bersama [Lagu: Salamah Basiron / Lirik: Salamah Basiron]
  7. Master Of Puppet [Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich, Kirt Harmelt & Cliff Burton]
  8. Seek And Destroyed [Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich]
  9. Alah Emak Kahwinkan Aku [Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
  10. Apa Nak Dikata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
Ali - Vocal
Izo - Gitar
Zuar - Bass
Lola - Drums (Jemputan)

Ahli Kumpulan XPDC

Mael - Vocal (1989 - 1997 , 2006 - Sekarang)
Izo - Gitar (1989 - Sekarang)
Zuar - Bass (1989 - 2001 , 2006 - Sekarang)
Amy - Drums (1991 - 1999 , 2006 - Sekarang)

Bekas Ahli XPDC:
Lee Space - Drums (1989 - 1991)
Ali - Vocal (1997 - 2006)
Lola - Drums (1999 - 2004)
Yan - Bass (2001 - 2006)
Pae - Drums (2004 - 2006)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar